PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL
SAINS
Semua anggota
di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik
sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah
bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum
sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan,
penilaian dan pemantauan. Pengetua dan
Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru
dan kakitangan makmal dan bilik sains
dalam aspek profesional dan pengurusan
Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong
Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab
membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik
sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan .kokurikulum
sains di sekolahdari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan,
penilaian dan pemantauan. Setiap
anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang
Sains berjalan dengan lancar.
4.1
Ketua Bidang Sains dan Matematik
Bidang Sains dianggotai oleh semua
guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains
dan
Matematik.
4.1.1 Syarat
Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik
a. Dilantik dalam kalangan guru sains / matematik yang
berpengalaman.
b.
Mempunyai pengkhususan dalam bidang
sains / matematik.
c. Gred jawatan DG 44.
4.1.2 Latihan yang diperlukan
a. Pengurusan stok.
b. Pengendalian peralatan sains.
c.
Prosedur pelupusan bahan kimia dan
peralatan sains.
d.
Pengendalian peralatan ICT.
e.
Pengurusan dan keselamatan makmal
sains.
4.1.4 Tugas dan Tanggungjawab Ketua
Bidang Sains dan Matematik
Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada
Pengetua dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum semua mata
pelajaran sains dan matematik di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan,
penyelarasan, penilaian dan pemantauan.Ketua Bidang Sains dan Matematik juga
bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional kepada guru-guru sains dan
kakitangan makmal sains.Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan
kemahiran mereka, khususnya dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan makmal melalui program perkembangan staf.
Tugas dan tanggungjawab Ketua
Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan makmal sains adalah seperti :
a. Menyelia dan
memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalan elektrik, gas,
air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan
menepati ciri-ciri keselamatan.
b. Memastikan segala
kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.
c. Merancang dan
menyediakan :
i.
Pelan tindakan
keselamatan semasa kecemasan
ii.
Peraturan
keselamatan
iii.
Latihan kecemasan
dan kebakaran
iv.
Kelengkapan
pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan
v. Kit pertolongan
cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya.
d. Menyelia dan
memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya
peraturan makmal.
e. Merancang serta
menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta
memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.
f. Mengurus dan
memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan
sekali.
g. Memastikan kerja
hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut
peraturan yang ditetapkan.
h. Merancang dan
menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran
sains serta keperluan makmal sains.
i. Mengenal pasti
dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan
Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.
j. Menguruskan dan
memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima
mengikut bilangan dan spesifikasinya.
k. Mengurus dan
mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran
Kerja Amali Sains (PEKA Sains).
l. Merancang jadual
waktu penggunaan makmal sains.
m. Merancang,
mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan
guru sains dan kakitangan makmal.
n. Memastikan tugas
penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut jadual yang
ditetapkan.
o. Menyelia dan
menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri
keselamatan.
p. Menjalankan tugas
lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
4.2 Ketua Panitia Sains
Panitia bertanggungjawab membantu
Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan,
perlaksanaan,
penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan makmal dan bilik sains sekolah. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains
terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains
seperti Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
Panitia Sains yang diketuai oleh
Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua dan Guru Besar secara rasmi untuk memimpin
guru-guru mata pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi
memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan
berkesan.
4.2.1 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia
Sains
Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah
seperti berikut :
a. Membantu
merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains.
b. Menyemak dan
mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan
bahan sains sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan
dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah
penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut
prosedur dan bersistem.
e. Menyemak dan
mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut :
i.
Pesanan peralatan
dan bahan sains
ii.
Stok makmal sains
iii.
Pinjaman atau
pemindahan peralatan dan bahan sains
iv.
Kerosakan dan
kehilangan
v.
Penyelenggaraan
dan pemeriksaan
vi.
Kemalangan
vii.
Rekod penggunaan
makmal sains
f. Menyelenggara
peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.
g. Memastikan
fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan
kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
h. Memastikan
peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua
pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.
i. Memberi bimbingan
dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.
j. Memastikan makmal
dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
k. Memberi bimbingan
profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan
bilik sains.
l. Membantu
merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
m. Membantu menyediakan jadual waktu
penggunaan makmal dan bilik sains.
n. Merekod dan
mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o. Menyelaras
penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah
jagaannya.
p. Membantu dalam
penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
q. Merancang dan
melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal
dan bilik sains berkaitan dengan :
i.
Pengurusan makmal
dan bilik sains
ii.
Pengendalian dan
penyelenggaraan peralatan
iii.
Pengendalian dan
penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lain
r. Membantu
merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal
dan bilik sains.
s. Membantu
merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
t. Merancang dan
mengendalikan PEKA Sains.
u. Menjalankan tugas
lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.
4.3 Guru Sains
Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan
makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :
a.
Mematuhi jadual
penggunaan makmal dan bilik sains.
b.
Melaksanakan PEKA
Sains.
c. Memastikan murid
mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains.
d.
Memastikan makmal
dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
e.
Mengenal pasti
keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta
mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik
sains.
f. Mengawasi
penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat,
jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
g. Membantu Ketua
Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas
kini stok.
h. Mengendalikan
sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
i. Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke
semasa.
4.4 Pembantu Makmal
4.4.1 Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu
Makmal
a.
Mempunyai
sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
b.
Lulus dalam mata
pelajaran matematik atau salah satu daripada mata pelajaran sains.
c.
Lulus Bahasa
Melayu.
4.4.2 Keperluan Latihan Pembantu Makmal
a.
Kemahiran melabel
bahan kimia dan kepekatan larutan (kemolaran).
b.
Kemahiran
menyediakan larutan piawai.
c.
Kemahiran
mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan toksik.
d. Kemahiran
mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan mikroorganisma.
e. Kemahiran
mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat dan mudah teroksida.
f. Kemahiran
mengendalikan keadaan kecemasan, seperti tumpahan bahan organik, bahan
mengkakis, rejatan elektrik dan seumpamanya.
g. Kemahiran
mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau bahan sains yang sistematik.
h. Kemahiran
mengendalikan komputer.
i. Kemahiran membaiki
kerosakan kecil sistem pendawaian dan sistem paip air.
j. Kemahiran
menguruskan stok.
k. Kemahiran mengendalikan peralatan sains
terutama yang memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan timbangan.
l. Kemahiran
menyelenggarakan peralatan sains mengikut prosedur.
m. Kemahiran melupuskan bahan-bahan
kimia dan peralatan sains.
4.4.3 Tugas-tugas Pembantu Makmal
4.4.3.1 Tugas Harian
a. Membuka pintu
makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran
bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
b. Memastikan
kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih.
c. Memastikan makmal
dalam keadaan ceria dan selamat.
d. Menyediakan alat,
radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku
penyediaan alat / radas atau borang pesanan.
e. Memastikan semua
peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.
f. Memelihara dan
menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.
g. Melaksanakan
semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.
h. Mengambil
tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan
kecederaan.
i. Membersih dan
menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan
setelah selesai kerja amali.
j. Membersih meja
makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap
kerja amali.
k. Memeriksa dan
menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air
dan gas.
l. Membantu guru
sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa
amali.
m. Memastikan tindakan berikut diambil
selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari :
i. Membersih bekas dan sisa bahan
sains yang telah digunakan
ii. Menutup bekalan gas, air dan
elektrik
iii. Menutup tingkap, mengunci pintu
bilik persediaan dan pintu makmal sains
iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains
mengikut arahan pengetua
n. Mengambil
tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan
dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan
Matematik atau Pengetua.
o. Membantu
mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan
sebagainya.
p. Mencuci peralatan
sains yang kotor.
q. Membantu membuat
pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak
pembekal.
r. Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
4.4.3.2 Tugas Semasa Cuti sekolah
a. Membantu Ketua
Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok.
b. Menyediakan
reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk
kerja amali.
c. Menokoktambahkan
kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label
pada botol reagen jika perlu.
d. Mengubah suai dan
membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains.
e. Menghasilkan air
suling.
f. Membantu membaik
pulih kerosakan kecil peralatan sains.
g. Mengecas dan
discas akumulator.
h. Menyelenggarakan
mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya.
i. Menyusun
peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem.
j. Menyemak dan
memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang
ditetapkan.
k. Memeriksa dan
memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa
lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh.
l. Mengecat permukaan
meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu.
m. Menyemak dan melaporkan bahan-bahan
sains yang telah luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.
n. Mengemaskinikan
butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan
kimia dan bahan biologi yang baru diterima.
o. Membantu Ketua
Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira dan pelupusan.
p. Menyelia dan membantu kerja membaik
pulih perabot makmal sains.
q. Memastikan bahawa
semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi disusun dengan teratur.
r. Memeriksa,
menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
Jika berlaku sebarang kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan
segera kepada pihak sekolah.
s. Menyemak semula
dan memastikan bahan yang beracun serta berbahaya disimpan mengikut peraturan
yang ditetapkan.
t. Membantu Ketua
Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran belanjawan.
4.4.3.3 Tugas-tugas Lain
a. Menyediakan
senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari
syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan).
b. Membantu menulis
pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua /
Ketua Bidang Sains dan Matematik / Ketua Panitia.
c. Memeriksa
alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak
guru sains sebaik sahaja diterima daripada pembekal.
d. Menyimpan baucer
pesanan dalam fail khas.
e. Menyediakan
carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu mengajar lain yang
diperlukan untuk pengajaran sains.
f. Membantu mengurus
buku stok / inventori.
g. Menerima dan
menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan ke stor dan
mencatat dalam buku stok utama dan kad stok.
h. Menyenaraikan
radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan.
i. Memasang klip
buaya pada dawai.
j. Menyediakan radas
dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains dan sebagainya.
k. Menajamkan
alat-alat pemotong.
l. Merekod radas
rosak atau pecah semasa amali.
m. Mencuci kit sejuk, akuarium dan
tempat-tempat pemeliharaan binatang jika ada
n. Membantu
melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.
o. Membantu mengadakan
kursus dalaman kepada kakitangan baru.
p. Membuat catatan
dalam buku kerosakan atau pecah, kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang
berkaitan.
q. Berada dalam
bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat dihubungi oleh guru sains
apabila pertolongan diperlukan.
4.5 Cadangan
Pembantu Makmal yang baru dilantik
wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja
di makmal sains sebelum penempatan dilakukan.
Skop
Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C19)
1. Merancang dan mengawal operasi
makmal.
2. Menyediakan dan mengendalikan bahan.
3. Menyediakan, menyenggara dan
mengendalikan peralatan.
4. Membantu dalam urusan praktikal /
eksperimen.
5. Menguruskan pentadbiran makmal.
Senarai
Tugas Pembantu Makmal (Gred C19)
1. Merancang dan Mengawal Operasi
Makmal
(a) Menyediakan jadual kerja
(harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
(b) Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti
pengurusan makmal/amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang
dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menjalankan pengagihan kerja
mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e) Menyediakan peraturan-peraturan
penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar
yang menggunakan makmal.
(f) Mengawasi penggunaan makmal oleh
pelajar agar mematuhi peraturan-peraturan ketika berada di makmal.
(g) Memastikan kebersihan, keselamatan
dan keceriaan persekitaran makmal (dalam dan luar) serta kesesuaian susun atur
perabot di makmal.
2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan
(a) Menklasifikasikan bahan-bahan di
makmal.
(b) Menerima dan menyimpan bahan /
spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat
kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memastikan aspek keselamatan,
kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
3. Menyediakan, Menyenggara dan
MengendalikanPeralatan
(a) Mengklasifikasikan peralatan makmal.
(b) Menerima dan menyimpan peralatan
mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh
daripada sumber haba)
(c) Menguji dan mengesahkan peralatan
berfungsi dengan sempurna.
(d) Menyediakan peralatan untuk kegunaan
P&P (amali).
(e) Memastikan aspek keselamatan,
kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Membersih dan menyenggara peralatan
sains. (Contohnya kanta pembesar, mikroskop)
(g) Membaiki kerosakan kecil pada
peralatan sains.
4. Membantu dalam Urusan Praktikal /
Eksperimen
(a) Berada di makmal sains / bilik
persediaan sains semasa amali berlangsung supaya dapat membantu guru /
pensyarah apabila diperlukan.
(b) Mengawasi pelajar ketika menjalankan
ekperimen agar prosedur keselamatan dan kebersihan dipatuhi.
(c) Memastikan peralatan yang digunakan
mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan.
(d) Memastikan radas yang telah selesai
digunakan dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur tertentu. (Contohnya
membersihkan radas menggunakan air suling)
(e)Memastikan bahan yang disediakan
mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
(f) Memastikan sisa bahan eksperimen dan
lebihan bahan disimpan / dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
5. Menguruskan Pentadbiran Makmal
(a) Membantu pihak pentadbir menguruskan
perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan /
peralatan serta pengendalian stor mengikut prosedur.
(c) Menguruskan pelupusan sisa bahan
dengan selamat dan terkawal.
(d) Membantu pihak pentadbir menguruskan
pelupusan peeralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(e) Menerima dan mengumpul aduan
kerosakan bahan / peralatan untuk dilaporkan kepada pihak pentadbir agar
diambil tindakan.
Skop
Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)
1. Menyelaras dan menyelia operasi
makmal.
2. Menyediakan dan mengendalikan bahan.
3. Menyediakan, menyenggara dan
mengendalikan peralatan.
4. Membantu dalam urusan praktikal /
eksperimen.
5. Menguruskan pentadbiran makmal.
6. Menjalankan urusan penyeliaan dan
pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.
Senarai
Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)
1. Menyelaras dan Menyelia Operasi
Makmal
(a) Menyelaras jadual kerja
(harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
(b) Menyelaras dan menyusun keutamaan
aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang
dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menyelaras dan melaksanakan
pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e) Merangka dan melaksanakan
peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu
sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
(f) Menyelia kebersihan, keselamatan dan
keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal).
2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan
(a) Memastikan klasifikasi bahan-bahan
di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b) Memastikan penerimaan dan
penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan
di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memproses / menyediakan bahan keperluan
makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak
balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).
(d) Memastikan aspek keselamatan,
kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
3. Menyediakan, Menyenggara dan
Mengendalikan Peralatan
(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi
peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b) Memastikan peralatan yang diterima
disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan
jauh daripada sumber haba)
(c) Memastikan peralatan diuji untuk
mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.
(d) Menyediakan peralatan yang lebih
kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
(e) Memastikan aspek keselamatan,
kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Memastikan peralatan sains
(contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara
dengan baik dan berhati-hati.
(g) Membaiki kerosakan kecil pada
peralatan sains.
4. Membantu dalam Urusan Praktikal /
Eksperimen
(a) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk
ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan
merbahaya.
(b) Memantau pengendalian dan perjalanan
amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila
diperlukan.
(c) Memastikan urusan praktikal /
eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan
kebersihan.
(d) Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen
/ peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas
digunakan.
(e) Memastikan bahan yang disediakan
mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
5. Menguruskan Pentadbiran Makmal
(a) Menguruskan perolehan bahan /
peralatan untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan /
peralatan di makmal.
(c) Menguruskan stor bahan / peralatan
mengikut prosedur yang betul.
(d) Menguruskan pelupusan sisa bahan
dengan selamat dan terkawal.
(e) Menguruskan pelupusan peralatan yang
rosak dan tidak dapat dibaiki.
(f) Mengambil tindakan susulan ke atas
aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.
6. Menjalankan Urusan Penyeliaan dan
Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains
(a) Menjalankan penyeliaan, semakan
serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di
bawah seliaannya.
(b) Memberi khidmat nasihat, panduan dan
tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c) Membantu pihak pentadbir memantau,
menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak
luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
(d) Membantu pihak pentadbir menyediakan
skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila
diperlukan.
(e) Menyediakan laporan penambahbaikan
terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan
tindakan pihak pentadbir.
(f) Memastikan semua amalan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
(g) Mengganti / menyelaras pengganti
bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi.
Skop
Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C26)
1. Menyelaras dan menyelia operasi
makmal.
2. Menyelia dalam urusan menyediakan
dan mengendalikan bahan.
3. Menyelia dalam urusan menyedia,
menyenggara dan mengendalikan peralatan.
4. Menyelia dan membantu dalam urusan
praktikal / eksperimen.
5. Menguruskan pentadbiran makmal.
6. Menjalankan urusan penyeliaan dan
pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.
Senarai
Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)
1. Menyelaras dan Menyelia Operasi
Makmal
(a) Menyelaras jadual kerja
(harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
(b) Menyelaras dan menyusun keutamaan
aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang
dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menyelaras dan melaksanakan
pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e) Merangka dan melaksanakan
peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu
sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
(f) Menyelia kebersihan, keselamatan dan
keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal).
2. Menyelia dalam Urusan Menyediakan
dan Mengendalikan Bahan
(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi
bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b) Memantau dan memastikan penerimaan
dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya
menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memberi khidmat nasihat / panduan /
tunjuk ajar berhubung dengan urusan memproses / menyediakan bahan keperluan
makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak
balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).
(d) Memantau dan memastikan aspek
keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan
berhati-hati.
3. Menyelia dalam Urusan Menyedia,
Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan
(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi
peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b) Memantau dan memastikan peralatan
yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak
merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
(c) Memantau dan memastikan peralatan
diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.
(d) Memberi khidmat nasihat / panduan /
tunjuk ajar berhubung urusan menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan
memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
(e)Memantau dan memastikan aspek
keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan
berhati-hati.
(f) Memantau dan memastikan peralatan
sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan
disenggara dengan baik dan berhati-hati.
(g) Memberi khidmat nasihat / panduan /
tunjuk ajar berhubung urusan membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.
4. Menyelia dan Memantau dalam Urusan
Praktikal / Eksperimen
(a) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk
ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b) Memantau pengendalian dan perjalanan
amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila
diperlukan.
(c) Memastikan urusan praktikal /
eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan
kebersihan.
(d) Memastikan lebihan bahan / sisa
eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan
selepas digunakan.
(e) Memastikan bahan yang disediakan
mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
5. Menguruskan Pentadbiran Makmal
(a) Menguruskan perolehan bahan /
peralatan untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan /
peralatan di makmal.
(c) Menguruskan stor bahan / peralatan
mengikut prosedur yang betul.
(d) Menyelia urusan pelupusan sisa bahan
dengan selamat dan terkawal.
(e) Menyelia urusan pelupusan peralatan
yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(f) Mengambil tindakan susulan ke atas
aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.
6. Menjalankan Urusan Penyeliaan dan
Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains
(a) Menjalankan penyeliaan, semakan
serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di
bawah seliaannya.
(b) Memberi khidmat nasihat, panduan dan
tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c) Membantu pihak pentadbir memantau,
menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak
luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
(d) Membantu pihak pentadbir menyediakan
skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila
diperlukan.
(e) Menyediakan laporan penambahbaikan
terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan
tindakan pihak pentadbir.
(f) Memantau dan memastikan semua amalan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
(g) Menyelaras pengganti bagi Pembantu
Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi.
Bibliografi
1.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselamatan
Makmal
Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala
Lumpur
2.
Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2
bertarikh
14 Mei 2009
3.
Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)(BPO)253/2/11-6
Klt.27(36)
bertarikh 30 Disember 2008
No comments:
Post a Comment